Wednesday, December 5, 2007
permulaanku
Salam, hari ni adalah permulaan aku.permulaan yang hari ini tiada pada hari-hari lain sebelumnya.Pertamanya adalah niat dihati terdetik ingin mengasihi seorang wanita solehah.setelah hampir -hampir 3 purnama(dekad) tiada berteman yang betul-betul boleh menggoncangkan jiwa ini.Masih terngiang-ngiang kata-kata ustazahku semasa masih dibangku sekolah."kalau nak cari wanita solehah..anda mesti soleh dahulu".ya hari ini aku cuba melawan nafsu mataku..sebelum ni pada hari-hari yang lain.mataku akan kalah pada pandangan wanita-wanita disekitarku.memang indah ciptaan tuhan.sesekali menjeling terasa ingin kudekati mereka ini dengan susuk tubuh yang mengiurkan.lelaki mana yang tak melihat panorama itu.Namun hari ini setiap kali aku terpandang wanita,tak kiralah cantik,bertudung atau tidak,,cepat-cepat aku mengalihkan pandangan itu ke arah lain dan berisyhtifar.namum masih ada bisikan nakal yang mengatakan "alah...rugi tak tengok".Yaa!! memang rugi tak tengok!.tapi aku dah bertekad wahai syaitah!!!.itu pula bisikan ku pada bisikan yang pertama.harap-harap berjaya.dan ia berjaya dari mula keluar outstation sampai balik opis.aku berjaya mengalihkan pandangan pada hampir 27 panorama yang "indah" itu.dan dalam perjalanan pulang ke rumah aku hanya memandang traffic light dan jalan raya.malahan masa nak bayar tol aku cuma pandang palang tol merah putih yang menawan tu!...dan ia berkesan..ketika tidurku tiada lagi bayangan-bayangan wanita seksi yang menerjah mindaku..tidurku pada malam itu merupakan yang paling indah..sesekali terbayang traffic light dan palang tol dan aku yakin itu bukanlah pandangan yang berdosa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment